29 Jan 2024, Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan kolaborasi bersama Jabatan Perangkaan Pulau Pinang bagi tujuan pendaftaran dan pengemaskinian PADU (PANGKALAN DATA UTAMA) untuk semua kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang. Program ini akan diadakan selama 2 hari bermula 29 Jan 2024 hingga 30 Jan 2024. Turut hadir pada program tersebut Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, YDH PKP Ahmad Kamarrudin Bin Yaacob dan Pn. Asma Amanina Binti Aziz, dari Jabatan Perangkaan Pulau Pinang.