Pada 11 JANUARI 2024 (KHAMIS), Seksyen Pemulihan Penjara Kajang telah menganjurkan Majlis Tautan Kasih Penghuni Penjara Kajang siri 1/2024. Majlis ini telah diadakan di Dataran Perbarisan Pagi, Penjara Kajang bagi penghuni yang menjalani hukuman seumur hayat, hukuman seumur hidup dan banduan akhir. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran TKP Preshahdin Bin Monshee Pengarah Penjara Kajang dan diiringi PKK Navinderjit Singh A/L Savinder Singh (Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Pemasyarakatan) dan PP Fadzli B. Mohamad Majidi (Ketua Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah), barisan pegawai kanan dan kakitangan Penjara Kajang. Seramai 122 ahli keluarga dan 30 penghuni telah dipertemukan dalam majlis ini. Majlis ini diadakan dengan tujuan meningkatkan motivasi penghuni dalam meneruskan usaha perubahan yang positif dan mempertautkan hubungan kekeluargaan antara penghuni penjara dan keluarga. Majlis ini telah menyemarakkan lagi usaha jabatan sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC).