| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Oleh His Excellency Mr. Peter Van Acker, Duta Besar Belgium Ke Malaysia & Brunei Darus Salam, Ke Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG | 26 Januari, 2024 (Jumaat), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang telah menerima Kunjungan Hormat oleh His Excellency Mr. Peter Van Acker, Duta Besar Belgium ke Malaysia dan Brunei bersama delegasinya iaitu Mr. Pier'rick, The Honorary Deputy Head of Mission of Belgium in Malaysia dan Mr. M. Michel Van Crombrugge, The Honorary Consul of Belgium in Penang. Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk menzahirkan salam perkenalan dan bertukar-tukar pandangan serta membincangkan beberapa perkara seperti berikut :-

- Membina hubungan melalui sesi suaikenal dengan Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Negeri Pulau Pinang.

- Mendapatkan kefahaman pelaksanaan hukuman pemenjaraan di dalam penjara dan proses reintegrasi dalam komuniti.

- Pihak kedutaan Belgium bersedia membantu Jabatan Penjara Malaysia dalam mempromosikan Program Corporate Smart Internship (CSI) kepada mana-mana syarikat Negara Belgium yang melabur di Malaysia untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada banduan terutamanya Orang Diparol atau Orang Bebas Berlesen.

- Taklimat telah disampaikan oleh PP Darmizam Bin Hj Desa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama PP Mohammad Safuan bin Sizali, Timbalan Pengarah Penjara Pulau Pinang, Pegawai Parol Daerah dan Pegawai-Pegawai Kanan Institusi Penjara di Negeri Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini diakhiri dengan majlis bertukar-tukar cenderahati.