| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) Ke Pusat Koreksional Bintulu

Pada 22 Disember 2023 (Jumaat), Pusat Koreksional Bintulu telah menerima kunjungan daripada YBrs. TKJP Abdul Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), sempena Lawatan Kerja ke Pusat Koreksional Bintulu. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Pada kesempatan ini juga, TKJP Abdul Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), telah mengadakan“Executive Talk” bersama kakitangan Pusat Koreksional Bintulu dengan kehadiran seramai 30 orang kakitangan termasuklah Pegawai Kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam bagi membincangkan, mengupas dan berkongsi pengalaman dalam urusan kerja. Sejurus selepas itu, beliau telah melawat ke Blok Bengkel yang menempatkan Bengkel Jahit, Bengkel Tenun dan dan Dobi. Lawatan Kerja ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.