Pada 26 Disember 2023 (Selasa), telah diadakan Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak antara PKK Walace anak Nawon dan PKP Zakaria bin Mat Jusoh selaku Pengarah Pusat Koreksional Bintulu yang baharu dengan disaksikan oleh PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis telah dimulakan dengan upacara membawa masuk Tongkat Kuasa yang diketuai oleh KIP Reduan bin Pauji, diikuti upacara menandatangani Nota Serah dan Terima Tugas, upacara penyerahan Nota Serah dan Terima Tugas serta kemuncak majlis iaitu penyerahan Tongkat Kuasa. Aturcara majlis seterusnya adalah ucapan daripada Pengarah Bertukar iaitu PKK Walace anak Nawon, ucapan Pengarah Baharu iaitu PKP Zakaria bin Mat Jusoh dan akhir sekali adalah bacaan doa yang telah dipimpin oleh Ustaz Hasri bin Mustapaha. Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PP Hasbullah bin Berahim, wakil daripada setiap institusi penjara di Sarawak dan 40 kakitangan Pusat Koreksional Bintulu. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.