| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Ke Penjara Seremban Untuk Sesi Perbincangan Kolaborasi Antara Yayasan Negeri Sembilan Dengan Penjara Negeri Sembilan

Pada 11 Januari 2024 (Khamis), Penjara Seremban telah menerima lawatan daripada YBhg. Dato’ Muhammad Nazri Bin Kassim, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan dan disambut oleh Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban, PKP Sharil Bin Basir serta Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PKP Hasrul Anwar Bin Hasim bersama pegawai-pegawai kanan lain. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan pelaksanaan program yang dijalankan di Institusi Penjara Negeri Sembilan kepada YBhg. Dato’ Muhammad Nazri Bin Kassim.

Seramai 10 orang daripada Yayasan Negeri Sembilan turut hadir dalam lawatan tersebut. Aturcara dimulakan dengan perbincangan bersama Pengarah Negeri dan Pengarah Insitusi. Seterusnya, melawat ke bengkel-bengkel untuk tujuan sesi perkongsian dan pendapat. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kenangan daripada pihak Penjara Negeri Sembilan.