Pada 14 Januari 2024 - YB. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah berbesar hati menerima kunjungan hormat TKP Meor Azizi Sapawi bin Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor.
Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk menzahirkan salam perkenalan dan bertukar-tukar idea serta pandangan berkaitan kepenjaraan dan Perkhidmatan Komuniti di Negeri Johor. Selain itu, sesi kunjungan hormat juga membincangkan inisiatif dan peranan kerajaan negeri dalam menyokong program-program Jabatan Penjara Malaysia khususnya pemulihan banduan dalam komuniti di negeri Johor.
Turut hadir bersama kunjungan hormat ini, PKP Helmi bin Abd Zamani, Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru dan PP Mohd Kolek bin Mohamad Nor, Ketua Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor serta pegawai kanan dari PPN Johor. Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata.