PULAU PINANG | 11 Januari, 2024, YDH PKK Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, telah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Komunikasi Korporat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) yang diketuai oleh En. Taha Rusydi bin Mohd. Nazri iaitu Ketua Jabatan Komunikasi Korporat JKSB. Tujuan utama kunjungan hormat ini dilakukan adalah untuk menzahirkan salam perkenalan dan membincangkan mengenai perancangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB). Antara intipati kunjungan hormat ini, pihak Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) berminat untuk melaksanakan beberapa program yang bersesuaian dan boleh dijalankan secara bersama dengan Penjara di Negeri Pulau Pinang. Selain itu, kerjasama melalui Program Corporate Smart Internship (CSI) akan dibuat pada masa hadapan. Turut hadir pada kunjungan hormat ini adalah PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai dan PKP Ahmad Kamarudin bin Yaakob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini diakhiri dengan majlis bertukar-tukar cenderahati.