Program Solat Jumaat Bersama Pengarah Bahagian Agama Dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia Kajang telah diadakan pada hari Jumaat, 5 Januari 2024 di Surau At-Taqwa Penjara Kajang. Antara pengisian program adalah tazkirah dan solat Jumaat yang dipimpin oleh Yang Berusaha TKP Tuan Zaidi Bin Hamid, Pengarah Bahagian Agama Dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Tajuk khutbah yang disampaikan adalah “Kewajipan Memelihara Keluarga”. Hadir sama ialah TPP Muhammad Faris Bin Rosli, Ketua Seksyen Pemulihan Penjara Kajang. Seramai 150 orang banduan bersama menunaikan Solat Jumaat.