Pada 28 November 2023 (Selasa), Program Sambutan Jalinan Kasih Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2023 telah diadakan melibatkan 43 orang penghuni yang terdiri daripada banduan akhir dan banduan hukuman lama serta 199 orang ahli keluarga penghuni. Program ini telah diadakan di Dataran Perbarisan Pagi di Penjara Kajang. Bermula dengan pendaftaran waris penghuni pada 8.00 pagi. Majlis dihadiri oleh Pengarah Penjara Kajang , Timbalan Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur dan diiringi oleh TPP Muhammmad Faris Bin Rusli bersama-bersama barisan pegawai kanan dan warga kerja Penjara Kajang. Turut hadir wakil Persatuan Hindu Sangam. Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat memberi peluang kepada penghuni untuk merasai Sambutan Hari Deepavali disamping mengeratkan hubungan antara keluarga serta memupuk. Majlis ini telah menyemarakkan lagi usaha jabatan sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC).