Pada 28 Oktober 2023 (Sabtu), Unit Program Pembangunan Insan (Lain-lain Agama) Penjara Kajang telah mengadakan sembahyang khas sempena Sambutan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2023 bersama Persatuan Malaysia Hindu Sangam yang melibatkan penyertaan seramai 250 banduan biasa dan 06 banduan akhir . Program tersebut telah berlangsung di Dewan AB, Penjara Kajang. Antara pengisian program pada kali ini ialah persembahan nyanyian lagu-lagu suci bersama banduan dan ceramah dari wakil Malaysia Hindu Sangam, En Alagandran A/L Sevasamy serta pemberian hadiah kepada banduan yang menang dalam pertandingan Nyanyian Lagu Tamil. Program ini diserikan dengan kehadiran oleh Tuan Anathurai A/L Kalimuthu, PKP Anbalagan A/L Subramaniam, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen dan IP Tharumanraj A/L Nadaraja, Ketua Unit Lain-Lain Agama. Program ini berobjektifkan meningkatkan semangat dan harapan agar banduan menjadi manusia yang berguna apabila dibebaskan kelak.