Pada 16 Disember 2023 (Sabtu), Unit Program Pembangunan Insan (Lain-lain Agama) Penjara Kajang telah mengadakan sembahyang khas sempena Sambutan Hari Krismas Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2022 bersama Persatuan Pembantuan Kristian Malaysia (Malaysian Care ) yang melibatkan penyertaan seramai 150 banduan biasa . Program tersebut telah berlangsung di Dewan AB, Penjara Kajang. Antara pengisian program pada kali ini ialah persembahan nyanyian lagu-lagu suci bersama banduan dan ceramah dari wakil Persatuan Pembantuan Kristian Malaysia. Program ini diserikan dengan kehadiran oleh TPP Faris Muhammad Faris Bin Rusli, Ketua Seksyen Pemulihan dan IP Tharumanraj A/L Nadaraja, Ketua Unit Lain-Lain Agama. Majlis ini telah menyemarakkan lagi usaha jabatan sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC).