Pada 19 Disember 2023 ( Selasa ) Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah diadakan Dialog Bulanan bersama Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) Abdul Kadir bin Rais. Majlis turut dihadiri Timbalan Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Bin Musa Pengarah Pembangunan Profesionalisme, Timbalan Komisioner Penjara Meor Azizi Shapawi Bin Ahmad Sepuan Pengarah Penjara Negeri Johor, Timbalan Komisioner Penjara Rahmat Bin Abdul Rani, Pengarah Penjara Simpang Renggam dan Puan Rosilah Binti Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran. Majlis turut dihadiri Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota Lain-Lain Pangkat serta Kakitangan Awam. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negeri Johor, lagu Negaraku, lagu jabatan, bacaan doa, pemakaian pangkat, pemberian sumbangan pelajaran Tabung Tan Sri Murad dan diteruskan sesi dialog bersama Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) Abd Kadir Bin Rais. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama semua anggota kakitangan yang hadir.