| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah & Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG | 20 Disember 2023 (Rabu) 10.00 pagi - Bertempat di Dewan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang telah berlangsung Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang diantara YDH PKK Mahadzair bin Che Daud kepada YDH PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi. Majlis Serah & Terima Tugas ini telah yang telah disaksikan oleh wakil Ibu Pejabat Penjara Malaysia iaitu YDH TKP Charin Promwichit a/l Chem, Pengarah Penjara Negeri Perak.
Aturcara dimulakan dengan Upacara Membawa Masuk Dokumen Serah Tugas & Tongkat Kuasa yang diketuai oleh Insp INSP Mohd. Nur Azam bin Mohd Nasir. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Upacara Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang & Penyerahan Tongkat Kuasa daripada YDH PKK Mahadzair bin Che Daud kepada pegawai penerima iaitu YDH PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi. Didalam ucapan oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang yang baru, beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia, khususnya Komisioner Jeneral Penjara, kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin jabatan penjara diperingkat negeri sebagai pengarah. Beliau juga menaruh harapan penuh kepada seluruh warga penjara di Pulau Pinang agar bertugas dan bergerak sebagai satu pasukan dalam memastikan agenda transformasi jabatan dapat direalisasikan dengan jayanya.


Pada majlis ini juga diadakan Majlis Serah & Terima tugas Pengerusi PERSIAP diantara Naib Pengerusi PERSIAP Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Haliza binti Mt. Shariff kepada Puan Zakiah binti Mohamed. Selain itu, majlis ini juga diadakan Serah & Terima Tugas Pengerusi PERSIAP Penjara Reman Pulau Pinang, iaitu Puan Haliza binti Mt. Shariff kepada Puan Sahizawani binti Hanapiah. Kedua-dua Majlis Serah & Terima Tugas PERSIAP ini disaksikan oleh Pengerusi PERSIAP Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak iaitu Puan Ooi Yok Hui.


Majlis ini telah diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan dan sesi bergambar bersama Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan PERSIAP.