| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Perayaan KrismasTahun 2023 Peringkat Penjara Negeri Pahang

Bertempat di Dewan Perdana Penjara Bentong telah diadakan Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Perayaan KrismasTahun 2023 Peringkat Penjara Negeri Pahang yang melibatkan 13 penghuni dari Penjara Penor dan 22 penghuni dari Penjara Bentong. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni penjara untuk menjalani hukuman di luar penjara khususnya bersama keluarga dan juga bekerja bersama majikan. Program ini telah dirasmikan oleh TKP Mohamad Bin Ismail, Pengarah Penjara Bentong yang turut memberi nasihat dan semangat kepada penghuni agar tidak kembali semula ke jalan yang dapat mendorong kembali mereka ke penjara dengan peluang yang telah diberi kepada penghuni melalui program ini dan berharap agar keluarga dan masyarakat dapat menerima bekas penghuni dalam memastikan mereka tidak kembali melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang.