| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Hari Krismas 2023

Sungai Udang, Melaka – Pada 20 Disember 2023 (Rabu), bertempat di Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Hari Krismas 2023. Pelepasan banduan ini telah disempurnakan oleh YDH. PKK Mohd Hafizey bin Yahaya, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang. Seramai (16) orang banduan lelaki dan (1) orang banduanita telah melepasi syarat untuk mengikuti program PBSL ini. Turut hadir Penguasa Penjara Mohd Suffian bin Md Said yang telah memberi penerangan berkaitan syarat-syarat program PBSL selepas bacaan ikrar pematuhan syarat PBSL oleh semua banduan dan turut hadir ahli-ahli keluarga banduan untuk menyambut pembebasan banduan ini.