| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Muhibbah Majistret Bahagian Limbang Ke Penjara Limbang

14/12/2023 | Jumaat jam lebih kurang 3.30 petang, Penjara Limbang telah menerima Lawatan Muhibbah daripada Puan Monica Linsua Majistret Mahkamah Daerah Limbang. Beliau telah disambut mesra oleh PKP Usman bin Mala, Pengarah Penjara Limbang, PP Choimmber Tain, Timbalan Pengarah Penjara Limbang, TPP Estil anak Ningkan (Bahagian Keselamatan dan Inteligen) dan TPP Azrul bin Yahya (Bahagian Pemulihan dan Rawatan).

Tujuan lawatan ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan dan berkongsi pendapat antara Jabatan Penjara dan Mahkamah dalam menjalankan dan menyelesaikn tugasan seharian.

Semoga dengan adanya lawatan seperti ini, kerjasama dan hubungan yang telah lama terjalin antara Jabatan Penjara dan pihak Mahkamah dapat terus kekal erat dalam memastikan keselamatan sekitar daerah Limbang terpelihara.