Pada 14 Disember 2023(Khamis) jam lebih kurang 9.30 pagi, Pengarah Penjara Limbang PKP Usman bin Mala telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang dan bertemu dengan Ketua Polis Daerah Limbang iaitu SUPT. Parum ak Niot. Hadir sama dalam lawatan tersebut Timbalan Pengarah Penjara Limbang PP Choimmber Tain, TPP Estil anak Ningkan (Bahagian Keselamatan dan Inteligen) dan INSP Warner anak Sikat(Unit Vokasional dan Industri)
Objektif lawatan ini bagi sesi suai kenal Pengarah Penjara Limbang yang baru PKP Usman bin Mala dan Ketua Polis Daerah Limbang SUPT Parum ak Niot serta bertukar tukar pandangan mengenai keselamatan penjara dan keselamatan awam. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan muhibbah antara Penjara Limbang dan Ibu Pejabat Polis Limbang.










