| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang Jabatan Penjara Malaysia

Majlis Perasmian Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang Jabatan Penjara Malaysia telah di rasmikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr Mujaini bin Tarimin, Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Tahfiz Negeri Selangor yang diadakan di Penjara Kajang, Selangor. Majlis ini turut dihadiri YBhg TKJP Dato’ Ibrisam Bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, TKP Aminon bin Adnan, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur, TKP Mohd Roslen bin Ramli, Pengarah Penjara Kajang,Pengarah-pengarah Bahagian, dan Wakil dan Kakitangan Jabatan Penjara Malaysia serta Jabatan Agama Islam Selangor.

Model pelaksanaan tahfiz Jabatan Penjara dilihat melalui penubuhan Sekolah Agama Tarbiyyah Husnul Khatimah di Penjara Kluang dan Kelas-kelas Tahfiz Khas di semua institusi penjara.oleh itu seramai 20 orang banduan terpilih daripada 31 orang yang telah ditemuduga untuk mengikuti Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang. Majlis ini turut diserikan dengan lawatan ke Kelas Tahfiz Khairul Ummah dan acara menandatangi buku lawatan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr Mujaini bin Tarimin.