| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Dan Terima Tugas Pengarah Penjara Limbang

Pada 6 Disember 2023 (Rabu) jam lebih kurang 10 pagi bertempat di Dewan Gemilang Penjara Limbang telah diadakan Majlis Serah Dan Terima Tugas diantara PP Choimmber Tain dan PKP Usman Bin Mala.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Pengarah Penjara Negeri Sarawak YDH TKP Mohd Andri Bin MD Ridzwan (sebagai saksi) dengan diiringi oleh PKP Usman Bin Mala serta PP Choimmber Tain masuk ke dalam Dewan Gemilang.

Susun atur majlis diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku, ibu pertiwiku serta bakti setia, menandatangani dokumen serah dan terima tugas diantara PP Choimmber Tain dan PKP Usman Bin Mala dengan disaksikan oleh YDH TKP Mohd Andri Bin MD Ridzwan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran ketua-ketua institusi Penjara Negeri Sarawak serta anggota dan kakitangan Penjara Limbang seramai 65 orang. Kemuncak majlis adalah dengan membawa masuk dan menyerah Tongkat Kuasa di antara PP Chommber Tain dan PKP Usman Bin Mala. Majlis berakhir pada jam 11 pagi diakhiri dengan sesi bergambar bersama anggota dan kakitangan Penjara Limbang.