Pada 8 Disember 2023, bertempat di Penjara Reman Pulau Pinang telah menerima Lawatan Kerja daripada YBrs. Dr. Abdul Gapar Bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri bersama YBrs. Encik Muhabir Bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, Kementerian Dalam Negeri, YDH. Puan Norhafiza Binti Mohd Azmi, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri dan YDH. Encik Peter Wong Tzyy Chuan, Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir wakil daripada Ibu Penjabat Penjara Malaysia, YDH. Encik Mohd Nasir Bin Mohamad Mazlan, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perolehan, YDH TKP Zulkifli Bin Abdul Manah, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Inteligen, YDH. PKK Zamzuri Bin Ghani, Bahagian Dasar Kepenjaraan, dengan diiringi oleh YDH. PKK Mahadzair Bin Che Daud, Pegawai Yang Menjalankan Tugas Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang bersama YDH. PKP Ahmad Kamarrudin Bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.