Bengkel Pengurusan Jenazah Peringkat Kakitangan Penjara Taiping 2023 telah diadakan pada hari Selasa, 28 November 2023 di Surau Al-Hikmah Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Ceramah Pengurusan Jenazah, Praktikal Memandikan Jenazah, Praktikal Mengkafankan Jenazah dan Praktikal Mensolatkan Jenazah yang turut dilakukan secara berkumpulan. Ceramah dan Praktikal ini disampaikan dan dikendalikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Mohd Raqib bin Ismail, Pegawai Penguatkuasa Agama, Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Beliau merupakan Mantan Team Pengurusan Jenazah Negara (MH17). Penyampaian Cenderahati telah disempurnakan oleh PKK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping. Program ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang dan melibatkan seramai 30 orang kakitangan.










