30 November 2023 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah menerima lawatan daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Melaka bagi Penilaian Kesihatan Persekitaran untuk kali yang kedua bagi tahun 2023. Pihak PKD Jasin diwakili Pakar Kesihatan Awam, Dr. Nur Shazlin binti Umar, Pegawai Perubatan, Dr. Nur Adawiyah binti Abd Jalil dan Dr. Mohd Nizam bin Mohd Yazid, bersama-sama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pn. Zuraiyah binti Kasah, En. Hellmy Shah bin Tugiman dan (06) lagi penolong pegawai kesihatan telah dibawa untuk membuat (05) skop pemeriksaan penilaian kesihatan persekitaran di Bengkel Dapur, Kantin Kakitangan, Blok Penempatan, Persekitaran Luar dan Persekitaran Dalam. Secara keseluruhan, pemeriksaan mendapati persekitaran institusi ini berada dalam keadaan yang baik dan bersih namun beberapa aspek keselamatan pekerjaan perlu dipertingkatkan. Penilaian Kesihatan Persekitaran dari Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKD Jasin juga mendapati Bengkel Dapur dan Kantin Kakitangan institusi berada dalam keadaan yang sangat baik dan sekali lagi mengekalkan Gred A bagi Gred Kebersihan Premis Makanan untuk kedua-dua lokaliti premis makanan.