Pada 29 November 2023 (Rabu) bertempat di Pejabat Parol Daerah Johor Bahru telah diadakan Mesyuarat Khas Penyelarasan SPD Peringkat Negeri Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TKP Meor Azizi Sapawi Bin Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir TPjR Abdul Aziz bin Sidi Ahmad, Pengarah RELA Negeri Johor, Mohd Al Rashidy bin Amran, Pegawai RELA Daerah Muar dan Mohd Nazir bin Mahlikai, Pegawai RELA Daerah Mersing. Turut hadir mewakili PPN Johor, PP Mohd Kolek Bin Mohamad Nor, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor, KIP Hasbih bin Halida, KIP Azaludin Bin Noordin, KIP Khirul Anuar bin Abu Kassim dan Insp. Khairul Anwar bin Zulkifli. Objektif mesyuarat diadakan adalah bagi memastikan kelancaran operasi SPD di negeri Johor.