| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Johor 2023

Pada 29 November 2023 (Rabu) – Bertempat di Pusat Koreksional Johor Bahru telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Johor bagi Bulan November 2023. Majlis telah disempurnakan oleh YDH TKP Meor Azizi Sapawi Bin Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor.

Seramai kira-kira (30) pegawai kanan, (20) kakitangan awam, dan (80) anggota lain-lain pangkat hadir dalam majlis perhimpunan tersebut. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Bakti Setia serta lafaz ikrar. Majlis kemudian diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada (34) pegawai kanan dan anggota serta penganugerahan pingat-pingat Jabatan Penjara Malaysia 2023 kepada (33) orang pegawai dan anggota. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kakitangan Penjara Negeri Johor bersama Pengarah Penjara Negeri Johor.