| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Kuarters Baharu Penjara Pusat Sri Aman

30 November 2023 kira jam 11 pagi telah diadakan Majlis Perasmian Kuarters Baharu Penjara Pusat Sri Aman di Kawasan Kuarters Penjara Pusat Sri Aman. Majlis pada pagi ini telah di rasmikan oleh Ybhg. Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Haji Nordin Bin Haji Muhamad Pengarah Penjara Malaysia. Pada majlis juga telah dihadiri oleh YBrs. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia (Pengurusan) Tuan Abd Kadir Bin Rais, Komisioner Penjara (Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan) Tuan Supri Bin Hashim, Yang Dihormati Timbalan Komisioner Penjara Tuan Mohd Andri bin Md Ridzwan Pengarah Penjara Sarawak, Yang Dihormati Timbalan Komisioner Penjara Tuan Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din Timbalan Pengarah Dasar (Seksyen Dasar), Yang Dihormati Penguasa Penjara Muhammad Omar Bin Razali, Wakil Pengarah, Bahagian Perolehan Dan Pembangunan, Pengarah- pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Haji Nordin Bin Haji Muhamad telah merasmikan Kuarters Baharu Penjara Pusat Sri Aman dengan gimik menyumpit belon dan menandatangani Plak Kuaters Baharu, penyampaian cenderhati kepada YBhg Datuk telah disampaikan oleh Yang Dihormati Timbalan Komisioner Penjara Tuan Mohd Andri bin Md Ridzwan Pengarah Penjara Sarawak. Selesai perasmian, dif-dif kehormat melawat ke kuarters rumah contoh dan bergambar bersama di hadapan blok Sri Kenyalang Kuarters Baharu Penjara Pusat Sri Aman.

Majlis selesai kira-kira jam 1115 pagi dengan keberangkatan dif-dif kehormat meninggalkan majlis.