| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perjumpaan Konsulat Indonesia Bersama Banduan Warganegara Indonesia Di Penjara Pusat Sri Aman

Pada 23 November 2023, satu perjumpaan dari Konsulat Indonesia telah diadakan di Penjara Pusat Sri Aman. Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh pihak dari Konsulat Indoneia yang terdiri daripada R. Sigit Witjaksino (Konsul Jenderal RI), Budimansyah (Konsul/PF Konsuler-IKJRI Kuching), Ridwan Widjaya (Staf KJRI Kuching), Andri Waluyo (Staf KJRI Kuching), Akasius Akang (Staf KJRI Kuching). Selain itu, pegawai dari IPPM juga turut hadir di perjumpaan tersebut yang terdiri dari TPP Norul Hisyam Bin Ismail dan PPP Rosita Binti Johar yang ditemani oleh KIP Sebatian Michel Mijel pegawai dari Ibu Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak.

Kehadiran pelawat telah di sambut oleh PKP Shahrin Nizam Bin Ahmad Pengarah Penjara Pusat Sri Aman dan TPP Speri Bin Mahbu Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh 150 banduan warga Indonesia. Perjumpaan diantara wakil Konsulat Indonesia dan banduan warga Indonesia tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.