26 November 2023 | Ahad - Program Outreach Peringkat Penjara Negeri Melaka telah diadakan di Villa D’Acqua, Kg. Pulau, Masjid Tanah, Melaka dengan kerjasama Japerun Tanjung Bidara. Antara pengisian program ini ialah penyampaian sumbangan barangan keperluan asas kepada Orang di Parol (ODP) dan Orang Bebas Berlesen (OBB) yang ditaja oleh Syarikat Saora Industries. Disamping itu juga majikan yang berkolaborasi dalam Program Corporate Smart Internship (CSI) telah diberikan Sijil Penghargaan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan juga adalah Fun Walk (Berjalan kaki), Fun Ride (Berbasikal), penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf oleh Bank Rakyat dan cabutan bertuah. Khidmat Musik Tradisional Asli Sekolah Henry Gurney Telok Mas telah dijemput khas bagi memeriahkan lagi program tersebut. Aktiviti jualan produk penjara turut diadakan oleh Penjara Dusun Dato’ Murad dan Pusat Koreksional Jasin. Antara agensi utama yang terlibat ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Ibrisham bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Pemasyarakatan, TKP Zawari bin Abd Rashid, Pengarah Parol IPPM dan YBhg. TKP Datuk Roslan bin Haji Mohamed Pengarah Penjara Negeri Melaka.