Pada 22 November 2023 bersamaan hari Rabu bertempat di Perkarangan Pentadbiran Penjara Simpang Renggam telah berlangsung Program Jalinan Kasih Perjumpaan Madani Siri 3/2023. Program ini melibatkan banduan akhir, tahanan LLPK dan banduan reman wanita. Majlis perasmian pada program ini disempurnakan oleh Ydh, Timbalan. Komisioner Rahmat bin Abdul Rani, Pegawai Yang Menjaga Penjara Simpang Renggam Johor diiringi bersama, Penguasa Mohamad Nazeff Bin Mohamad Mazelan serta TPP Mohd Nur Azwan Bin AB Rahaman selaku Ketua Seksyen Pemulihan & Rawatan Institusi dan TPP Wan Mohd Ifititah Bin Wan Ariffin.
Program ini diserikan lagi dengan pelbagai persembahan oleh banduan HL dan banduan reman dan diteruskan dengan jamuan makan antara penghuni dan ahli keluarga masing-masing sehingga ke akhir program ini bersurai. Program berjalan dengan baik dan mendapat maklumbalas positif daripada ahli keluarga penghuni.