Pada 15 November 2023 (Rabu) Unit Pemulihan, telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 2023 yang diadakan di Perkarangan Pejabat Pendaftar melibatkan 20 orang penghuni beragama Hindu. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi telah disempurnakan perasmiannya oleh PP Azman Bin Husain yang turut dihadiri oleh Pegawai Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Deepavali disamping mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga.