Program Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara Limbang bagi tahun 2023 telah diadakan pada 1 hingga 14 November 2023. Program tersebut telah diadakan di Padang Penghuni, Penjara Limbang.
Seramai 90 orang penghuni telah mengikuti program tersebut. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, pingpong, catur, sukaneka dan bina badan. Majlis penutupan bagi program tersebut telah diadakan pada 14 November 2023 (Selasa) dan dirasmikan oleh Penguasa Penjara Choimmber Tain, Pengarah Penjara Limbang.
Majlis penutupan tersebut bermula pada 0800 dan berakhir pada jam 1130. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara Estil Anak Ningkan, Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketua Inspektor Penjara Mohd Adelie Bin Subpei, Ketua Bahagian Seksyen Pemulihan Dan Rawatan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang seterusnya bergambar beramai-ramai bersama Pengarah Penjara Limbang.
Penganjuran program bertujuan untuk memberi impak yang positif bukan sahaja dari aspek pemulihan penghuni malahan juga dapat memberi kesedaran kepada penghuni tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti sukan.