| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Light Strike Force (LSF)

Pada 24 dan 25 Oktober 2023, bertempat di perkarangan kuarters kakitangan dan berek bujang institusi, Unit latihan Pusat koreksional Jasin, Melaka telah melaksanakan Kursus Light Strike Force (LSF) dengan diketuai oleh tuan pengarah PKP Mohd Idlan bin Jamil dibantu oleh Timbalan Pengarah PP Mohd Rehan bin Khamis beserta 40 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal di samping meningkatkan lagi ilmu dalam menghadapi kejadian luar biasa di dalam penjara. Light Strike Force (LSF) adalah suatu modul latihan kepada anggota penjara bagi menghadapi ancaman-ancaman daripada banduan dan mengawal situasi yang tegang.

Antara objektif menerusi pendekatan program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mengendalikan pasukan Light Strike Force (LSF) dengan betul dan cekap. Kedua adalah sebagai tindakan awal agar rusuhan dapat dikawal dan fungsi-fungsi penguruasan dan tugas harian berjalan dengan lancar. Selain itu, untuk diaplikasikan dalam tugasan seharian bagi menghadapi kejadian luar biasa.