Pada 07 November 2023 hingga 08 November 2023, bertempat di Lapang Sasar Kem Batalion 6 PGA, Bakri, Muar, Johor, Unit latihan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah melaksanakan Kursus Pengendalian Senjata Api Siri 2/2023 dengan diketuai oleh tuan pengarah PKP Mohd Idlan bin Jamil beserta 80 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Kursus ini dianjurkan sebagai ulangkaji pelajaran kepada pegawai dan anggota di Pusat Koreksional Jasin, Melaka dalam mengendalikan penggunaan senjata api semasa bertugas mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) selaras dengan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara Bil. E401.
Antara objektif utama kursus ini dilaksanakan adalah melatih anggota agar mahir dalam mengendalikan dan menggunakan senjatapi, meminimumkan kecuaian penggunaan senjatapi semasa bertugas serta meningkatkan kecekapan dalam pengendalian senjatapi, meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan senjatapi.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka PP Mohd Rehan Bin Khamis.