Pada 24 dan 25 Oktober 2023, bertempat di perkarangan kuarters kakitangan dan berek bujang institusi, Unit latihan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah melaksanakan Kursus Kontigensi Rusuhan dengan diketuai oleh tuan pengarah PKP Mohd Idlan bin Jamil beserta 40 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Rusuhan adalah satu tindakan ganas yang dibuat oleh satu kumpulan banduan yang bertentangan dengan undang-undang dan merupakan satu pemberontakan yang aktif dengan tujuan untuk melemahkan pihak pentadbiran, merosakkan bangunan dan perkhidmatan kerajaan. Pada kebiasaannya rusuhan di dalam institusi bermula kecil-kecilan disebabkan oleh kekurangan pengendalian oleh pihak berkuasa institusi. Perlu dinyatakan sebarang ketegangan termasuklah demonstrasi yang bersifat pasif daripada banduan mestilah disifatkan sebagai rusuhan dan tidak boleh diberi tolak ansur. Kebanyakkan banduan tidak mahu terbabit di dalam kancah ketegangan. Pihak institusi mestilah mengambil langkah mencegah pada peringkat awal supaya kawalan dapat dibuat sebelum parah.
Antara objektif utamanya adalah sebagai dokumen rujukan bagi operasi semasa situasi rusuhan, mewujudkan sistem yang membolehkan semua anggota dan kakitangan, memainkan peranan bersama bagi situasi rusuhan, mengenalpasti semua risiko dan ancaman yang ada di kawasan sekitar, mengenalpasti sumber dan kapasiti yang ada di institusi ini, asas bagi semua penambahbaikan bagi melicinkan semua aktiviti berkaitan bagi menangani rusuhan, sebagai tindakan awal agar rusuhan dapat dikawal dan fungsi-fungsi penguruasan dan tugas harian berjalan lancar dan untuk diaplikasikan dalam tugasan seharian bagi menghadapi kejadian seperti rusuhan sebagai anggota. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka PP Mohd Rehan bin Khamis.