Pada 15 November 2023, telah berlangsung Program Muzikal Muhibah Zon Sabah bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Sabah. Program ini merupakan pertandingan teater muzikal yang menggabungkan beberapa elemen persembahan iaitu Lakonan, Nyanyian, Tarian dan Muzik. Tema persembahan Muzikal Muhibah Zon Sabah adalah ‘ Sinar Harapan Dari Terongko’. Program ini diadakan bagi menyampaikan Mesej Pencegahan Jenayah kepada komuniti setempat. Seramai 33 orang penghuni penjara seluruh Sabah menyertai pertandingan ini yang melibatkan institusi Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Sandakan, Penjara Tawau dan Pusat Koreksional Labuan. Persembahan teater muzikal ini dipersembahkan dihadapan penonton yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada SMK Likas, SM All Sainst, SM Maktab Sabah dan SMK Sanzac. Turut menyaksikan persembahan adalah pelajar-pelajar daripada Institut Pendidkan Guru Kampus Kent dan Universiti Malaysia Sabah. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh KP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia diiringi oleh TKP Hajah Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah/ W.P Labuan dan PKK Hamdan Salleh Bin Majin, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu merangkap tuan rumah Program Muzikal Muhibah. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
Tempat Pertama - Penjara Pusat Kota Kinabalu
Tempat Kedua - Pusat Koreksional Labuan
Tempat Ketiga - Penjara Wanita Kota Kinabalu
Saguhati 1 - Penjara Tawau
Saguhati 2 - Penjara Sandakan
Anugerah Sinografi Terbaik - Penjara Wanita Kota Kinabalu
Anugerah Muzikal Terbaik - Penjara Koreksional Labuan
Anugerah Pengarah Terbaik – SP Rodih Madun, Penjara Pusat Kota Kinabalu
Anugerah Pelakon Terbaik - Penjara Pusat Kota Kinabalu