Pada 14 November 2023 bertempat di Mydin Mall MITC Ayer Keroh, Melaka, penaja utama iaitu Syarikat Saora Industries dan Syarikat Ekuinas Berhad berbesar hati membeli dan menyumbangkan pakaian kepada (50) Orang Di Parol (ODP) / Orang Bebas Berlesen (OBB) yang telah mengikuti Program Heads Up selama 3 siri yang telah dijalankan sepanjang tahun 2023. Pembelian pakaian ini adalah untuk persediaan Majlis Penutupan Program Heads Up yang dijangka akan diadakan pada penghujung Bulan November 2023 bersama dengan PERKESO Negeri Melaka.
Turut hadir Puan Farzena Balan, Pengarah Urusan Saora Industries dan Puan Anita Daud Charles, Bahagian Komunikasi korporat Syarikat Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Hadir bersama pegawai dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah.