| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Hari Deepavali Tahun 2023 Peringkat Penjara Negeri Melaka

Pada 9 November 2023 (Khamis), bertempat di Penjara Sungai Udang telah diadakan Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Hari Deepavali Tahun 2023 Peringkat Penjara Negeri Melaka yang melibatkan (15) Orang Bebas Berlesen (OBB) dari Penjara Sungai Udang Melaka. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada penghuni penjara untuk menjalani hukuman di luar penjara khususnya bersama keluarga dan juga majikan. Turut hadir menjayakan program PP Mohd Suffian bin Said Ketua Bahagian Keselamatan Penjara Sungai Udang dan TPP Sazeli bin Mohd Nor Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Sungai Udang. Rakan Media dari RTM Melaka, TV3, Utusan Malaysia, KOSMO dan Melaka Hari Ini turut membuat liputan program khas tersebut.