Pada 07 November 2023 bersamaan dengan 23 Rabiulakhir 1445H, Penjara Limbang telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak sempena Program Kembara Prihatin Ummah Malaysia Madani Bahagian Limbang Tahun 2023.
Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan yang menyertai program kembara tersebut yang diketuai oleh Al-Fahdil Ustaz Hamdan bin Jar’ee, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sarawak (JAKIM) disertai oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Limbang dan Bahagian Lawas dan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia Lawas.
Rombongan disambut mesra diketuai oleh PP Chiommber Tain, Pengarah Penjara Limbang diiringi oleh TPP Estil Anak Ningkan, Ketua Bahagian Keselamatan Penjara Limbang, Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Laimbang serta kakitangan.
Pengisian program adalah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Suhardi bin Edward. Seramai 40 orang penghuni dan 20 pegawai dan kakitangan Penjara Limbang yang mengikuti ceramah tersebut. Seterusnya ucapan aluan oleh PP Choimmber Tain, Pengarah Penjara Limbang dan dilengkapkan dengan ucapan oleh Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak. Kemuncak acara adalah penyampaian cenderahati disampaikan oleh PP Choimmber Tain kepada Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar’ee.
Antara kandungan ucapan oleh PP Choimmber Tain, Pengarah Penjara Limbang adalah mengharapkan Kerjasama yang baik antara kedua-dua agensi ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar dapat membina ummah lebih cemerlang.