06 November 2023 (Isnin) - Bertempat di Rumah Kelab Penjara Kluang telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Johor. Majlis dimulai dengan menandatangani dokumen serah terima tugas Pengarah Penjara Negeri Johor diantara TKP Rosman Bin Norman @ Normin dengan TKP Meor Azizi Sapawi Bin Ahmad Sapuan dan disaksikan oleh YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Mengakhiri majlis serah terima tugas adalah Penyerahan Tongkat Kuasa dan sesi bergambar Ketua-ketua Institusi dan kakitangan Penjara Negeri Johor bersama YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional).