| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Belia Mencegah Ekstremisme Ganas Dan Radikalisme 2023

PULAPEN TAIPING, 06 Nov 2023 - Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi dengan kerjasama Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN), Taiping telah menganjurkan Konvensyen Belia Mencegah Ekstrimisme ganas dan radikalisme. Bahagian BRT telah menfokuskan penyertaan kumpulan sasar adalah dikalangan belia yang berumur dari 17 - 35 tahun.

Objektif program ini adalah sebagai plaftorm untuk menyampaikan perkembangan semasa aktiviti keganasan di dalam negara dan peringkat global serta inisiatif yang telah di ambil oleh agensi yang terlibat dalam menangani jenayah keganasan. Selain itu, melalui penganjuran program ini juga dapat membina dan mengukuhkan kerjasama antara agensi bagi memperkasakan program pemulihan kepada banduan yang dikategorikan sebagai radikal. Penyertaan peserta dalam program ini adalah seramai 150 orang Pelatih Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN), Taiping, 57 Pegawai Penjara di seluruh Institusi Negeri Perak dan 127 peserta dari Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri Perak, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pelajar IPT dan Individu Awam. Selain itu, Program ini juga turut bersiaran secara atas talian dengan menggunakan platform FB Live Jabatan Penjara Malaysia.

Program ini dimulakan dengan penyampaian ucaptama oleh TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi diikuti dengan pembentangan oleh panel penceramah seperti berikut :

1. Senario Keterlibatan Belia Malaysia dalam Kegiatan Ekstremisme oleh Cik Nur Syuhada Binti Mokhzan , Eksekutif Penyelidik, IYRES Malaysia
2. Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) oleh Dr. Ahmad El-Muhammady Bin Muhammad Uthman El-Muhammady, ISTAC
3. Belia dan Terrorisme oleh ASP Mohd Anuar Bin Mohd Yusoff dari E8 Polis Di Raja Malaysia ( PDRM)
4. Undang - Undang berkaitan pencegahan keganasan oleh En Mohamad Mustaffa bin P Kunyalam dari Jabatan Peguam Negara

Program ini juga turut diadakan Forum Pencegahan Jenayah Keganasan yang telah
dikendalikan oleh TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi. Panel yang terlibat adalah Dr. Ahmad El-Muhammady Bin Muhammad Uthman El-Muhammady, ISTAC , Cik Nur Syuhada Binti Mokhzan , Eksekutif Penyelidik, IYRES Malaysia dan perkongsian oleh bekas banduan.

Majlis ini telah dirasmikan penutupan oleh Pengarah Penjara Negeri Perak. Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang positif terhadap usaha Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi kearah memperkasakan program pemulihan dalam komuniti dan sebagai program kesedaran kepada masyarakat bagi menjauhi jenayah keganasan khususnya Mencegah Ekstrimisme ganas dan radikalisme. Program ini berakhir pada jam 6.00 petang.