Pada 23 hingga 25 Oktober 2023 Lembaga Parol 2 telah mengadakan Sesi Naziran di Negeri Melaka. Lembaga Parol 2 telah berjumpa dengan majikan dan Orang Di Parol (ODP) yang bekerja di bawah program Corporate Smart Internship (CSI). Di samping itu jua, Lembaga Parol 2 turut melawat ODP yang menjalani Pelepasan Parol di rumah dan melawat di Rumah Perantaraan Negeri Melaka. Antara syarikat CSI yang dilawati bagi membuat naziran di tempat ODP bekerja ialah Syarikat Ana Zahrin Sdn. Bhd. (Restoran Ikan Bakar Malim), Syarikat Genting Plantation (WM) Sdn. Bhd dan Syarikat Tanjung Ratna Sdn. Bhd. (A Famosa Resort). Pengerusi Lembaga Parol 2, iaitu YA Puan Rozielawaty Binti Ab Ghani telah disambut oleh YBhg. TKP Datuk Roslan Bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Pada hari terakhir naziran, Sesi Penggulungan / Rumusan dan Isu Penyediaan Dosir telah diadakan dan turut dihadiri oleh Pegawai Rekod dan Pegawai Parol Institusi Negeri Melaka. Keseluruhan Lembaga Parol 2 amat berpuas hati sepanjang naziran yang telah dijalankan di Negeri Melaka.