| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Minda Sihat : Emosi Terjaga Kehidupan Sejahtera Anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka

Pada 5 Oktober 2023 Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah mengadakan kursus Minda Sihat : Emosi Terjaga Kehidupan Sejahtera. Kursus ini diadakan di Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah. Tujuan kursus ini diadakan untuk membentuk minda yang sihat agar dapat membangunkan potensi diri kepada semua anggota dan kakitangan yang bertugas. Dengan adanya kursus ini, motivasi anggota dapat dipertingkatkan dan boleh diterjemahkan dalam kecemerlangan kerjaya khususnya kepada pegawai parol. Pegawai Psikologi dari Penjara Dusun Dato' Murad iaitu Encik Nor Azlan Bin Sarmudan telah memberikan ceramah dan berkongsi cara dalam pengurusan emosi dan minda. Seramai 30 anggota serta kakitangan PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah telah menghadiri kursus tersebut. Turut hadir pada kursus tersebut ialah, PP Shaharudin bin Ahmad, Ketua Bahagian Parol Negeri Melaka, KIP Mohd Fadhli Rahman bin Omar dan KIP Mohd Reduan bin Yusop.