Pada 24 Oktober 2023 (Selasa) jam 10.00 pagi, Unit Latihan Institusi Penjara Penor (ULIN) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Integriti Peringkat Penjara Penor Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Melati, Penjara Penor. Kursus tersebut disampaikan oleh Penolong Penguasa P29, Puan Siti Halimatus Saadiah Binti Sheikh Zuhari, Pegawai Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang. Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami dan Lagu Bakti Setia. Kursus dihadiri oleh seramai 60 orang pegawai dan anggota Penjara Penor termasuk wakil pegawai dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pahang dan turut disertai oleh PKK Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Penor. Kursus diakhiri dengan sesi penyampaian Plaque Penjara Penor kepada penceramah yang disampaikan oleh PKK Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi sebagai tanda penghargaan.