Pada 15 Oktober 2023 (AHAD) bertempat di Astaka Padang Bola telah berlangsung Program Sambutan Hari Sukan Negara. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Rahmat Bin Abdul Rani Pengarah Penjara Simpang Renggam bersama Penguasa Penjara Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan, Timbalan Penguasa Wan Mohd Iftitah Bin Wan Ariffin serta Kakitangan Penjara Simpang Renggam. Majlis dimulakan dengan Acara Senam Aerobik, Larian Kecergasan Fizikal, Bola Sepak, Sepak Takraw, Memancing dan Sukan Tradisional . Selain itu, telah diadakan juga Konvoi Bermotor, Futsal, Bowling dan Pingpong. Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang dalam acara sukan yang telah dipertandingkan.