Pada 27 September 2023 jam 10.00 pagi, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Pahang Sesi 2023/2025 telah hadir ke Penjara Penor, Pahang yang diketuai oleh 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐧𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐘𝐮𝐬𝐨𝐟@ 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 dan 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐐𝐚𝐬𝐢𝐫𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐔𝐬𝐦𝐚𝐧𝐢 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐎𝐭𝐡𝐦𝐚𝐧. Ini merupakan lawatan kali pertama bagi sesi 2023/2025. Lawatan dimulakan dengan Ucapan Aluan dan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh PP Ahmad Ikhwan Naim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Penjara Penor di Bilik Mesyuarat Penjara Penor. Seterusnya, lawatan dan tinjauan telah dibuat di Blok Penempatan Zon II, Perpustakaan Penghuni, Bilik Program Teraputik Komuniti (TC), dan Bengkel Tenun. Lawatan diakhiri dengan sesi tandatangan Buku Lawatan oleh Ahli Lembaga.