Program Motivasi Agama Peringkat Penghuni Penjara Kajang telah diadakan pada hari Khamis, 5 Oktober 2023 bermula jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ceramah motivasi sempena maulidurrasul SAW yang disampaikan oleh Dr. Mohamed Sabir Bin Jamaludin, Presiden Pertubuhan Alif. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Seramai 100 orang banduan bersama dalam program ini.










