| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pelancaran Terapi Mural Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pusat Koreksional Jasin Melaka telah mengadakan Program Terapi Mural peringkat Orang DiSelia pada 12 & 13 September 2023. Program Terapi Mural ini diilhamkan oleh PKP Mohd Idlan Bin Jamil Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka dan telah direalisasikan oleh Badan Sukarelawan At-Taqwa Majlis Agama Islam Melaka bersama Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi Mara cawangan Melaka. Lukisan mural terbukti sebagai salah satu terapi kepada penghuni melalui kombinasi warna dan corak yang dipaparkan. Lukisan ini juga merupakan salah satu usaha Jabatan Penjara untuk menghilangkan stigma dan persepsi negatif masyarakat terhadap penjara. Tema lukisan ini adalah sejajar dengan konsep Green Prison yang diusahakan oleh institusi ini. Ungkapan “Dari Sangkar Ke Sanggar Budi” pula merupakan usaha institusi ini dalam melahirkan penghuni yang tinggi budi pekerti dan berbudi bahasa serta bersedia untuk menabur khidmat budi dan bakti kepada agama dan negara. Pelancaran Program Terapi Mural ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin bersama sama wakil Majlis Agama Islam Melaka dan Kolej Seni Kreatif UiTM cawangan Melaka.