| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penggantian Kad Pengenalan Banduan Penjara Kajang Bersama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor Tahun 2023

Pada 09 dan 10 September 2023 (Sabtu & Ahad), Unit Kebajikan Penjara Kajang telah mengadakan Program Penggantian Kad Pengenalan Banduan Penjara Kajang bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor di ketuai oleh Puan Norazlina Binti Nasir, Pegawai Pendaftran JPN Negeri Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Penjara Utama Kajang dan Bilik Mesyuarat Bahagian Rawatan Dan Pemulihan Dadah Penjara Kajang. Program ini bertujuan untuk memastikan banduan memiliki kad pengenalan diri semasa dibebaskan atau menyertai program yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia antaranya Program Parol, PBSL, Kem Kemasyarakatan dan sebagainya.

09 September 2023 (Sabtu) bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang melibatkan 204 orang banduan di Penjara Utama Kajang. Seramai 188 orang banduan yang berjaya di proses untuk penggantian kad pengenalan.
10 September 2023 (Ahad) bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang melibatkan 100 orang banduan di bahagian RPD, Penjara Kajang. Seramai 92 orang banduan yang berjaya di proses untuk penggantian kad pengenalan.