Pada 30 Ogos 2023, Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Merdeka Madani (Kepulangan Dinanti) peringkat Penjara Negeri Melaka telah diadakan di Penjara Sungai Udang yang melibatkan seramai (36) Orang Bebas Berlesen (OBB). Sebanyak (5) majikan telah hadir dan menawarkan peluang pekerjaan kepada Orang Bebas Berlesen (OBB). Pihak media membuat liputan terdiri daripada RTM (TV1), Melaka Kini, Bernama, Kosmo dan Harian Metro. Media telah menemuramah Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, pihak majikan yang menawarkan peluang pekerjaan kepada OBB, ahli keluarga OBB, dan OBB yang terlibat dalam pelepasan ini. Program ini telah disempurnakan oleh PKK Mohd Hafizey bin Yahaya, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang. Turut hadir ialah PP Shaharudin Bin Ahmad, Ketua Bahagian Parol Negeri Melaka, Pegawai Parol Daerah Melaka Tengah dan Pegawai PERKESO Negeri Melaka.