| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Johor

30 Ogos 2023 (Rabu) - Bertempat di Rumah Kelab Penjara Kluang telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Johor.

Majlis dimulai dengan menandatangani dokumen serah terima tugas Pengarah Penjara Negeri Johor diantara TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid dengan TKP Rosman bin Norman@Normin dan disaksikan oleh TKJP Dato’ Ibrisham bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan telah berlangsung acara penyerahan membawa masuk tongkat kuasa.

Mengakhiri majlis serah terima tugas adalah sesi bergambar bersama TKJP Dato’ Ibrisham bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), ketua-ketua Institusi dan kakitangan Penjara Negeri Johor yang akan mula bersara selepas 35 tahun perkhidmatan dengan Jabatan Penjara Malaysia.